SENARAI GURU BESAR
CAFE LESTARI SK TENGKU MAHMUD 2
Saturday, 27 August 2016
Wednesday, 24 August 2016
AMALAN PEMAKANAN YANG SESUAI
Pengambilan makanan
seimbang yang bersih dan berkhasiat adalah amalan pemakanan yang baik. Hal ini,
kerana makanan seimbang berupaya menjadikan badan kita sihat dan kuat. Otak
kita turut menjadi cerdas.
Kita harus makan makanan yang
berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.Makan terlalu
banyak sehingga melebihi keperluan tenaga menyebabkan pelbagai penyakit.
Antaranya, obesiti,diabetes,tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.
Mempraktikkan
amalan pemakanan dengan betul bermaksud, kita hendaklah mengambil
makanan secara sederhana tetapi secara kerap. Kita mestilah mengelakan
pengambilan garam secara berlebihan. Pengambilan tersebut mungkin boleh
menjejaskan kisehatan kita. Pengambilan air secukupnya adalah juga penting
untuk mengawal suhu badan.
Merancang satu gizi seimbang juga merupakan
salah satu amalan pemakanan yang sihat.Adalah merupakan satu keperluan bagi
setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai
kalori makanan yang kita makan seharian. Merancang gizi seimbang adalah seperti
rajah dibawah.
Kita wajarlah mengagihkan makanan
kepada yang kurang bernasib baik atau yang memerlukan seperti orang miskin,
mangsa banjir, gempa bumi dan sebagainya. Kita juga tidak harus membazir
makanan. Bak kata pepatah, “ tangan yang memberi lebih baik daripada yang
menerima”.
Kita
mestilah mengaitkan adab makanan yang menepati sensitivit dan kepercayaan agama.
Rakyat Malaysia mempunyai berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai budaya makanan
mengikut kepercayaan agama masing masing. Kita hendaklah menghormati antara
satu sama lain.
Kesimpulannya, jelaslah amalan pemakanan yang sihat sangat penting untuk
seseorang individu. Kita wajarlah menjaga dan mengawal makanan yang kita makan
supaya makanan tersebut tidak menjejaskan kesihatan kita.
BENDERA SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH
Saiz sebenar bendera sekolah ialah 80cm X 160cm.
Keterangan bendera:
Di tengah-tengah terdapat logo/lencana sekolah. Diikuti di bawahnya nama sekolah.
LAGU SEKOLAH
MOTTO
BERILMU ,BERTAQWA , BERAMAL
Murid-murid diberi ilmu oleh guru di sepanjang persekolahannya.
Apabila mereka menuntut ilmu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mereka akan berilmu. Mereka hendaklah beramal dengan ilmu yang diberi oleh guru supaya menjadi murid yang pintar dan berjaya. Ke arah untuk mencapai kejayaan , kita hendaklah bertaqwa kerana Allah akan redha dengan apa yang diberi, mudah-mudahan semuanya beroleh kejayaan |
LENCANA SEKOLAH
1.1.6 LENCANA SEKOLAH
Lencana sekolah yang berukuran 5cm X 3cm telah dilukis oleh
Tuan Haji Safihi Bin Ahmad.
Keterangan Lencana Sekolah
Warna
|
Logo
Nama Sekolah dan tahun mula sekolah ini beroperasi - 1995
| |
Jata Negeri Terengganu menunjukkan sekolah ini terletak di bawah jajahan takluk Negeri Terengganu.
| |
bulan dan bintang adalah lambang agama Islam
| |
4 logo unit beruniform yang ditubuhkan ketika itu.
| |
satu gulung sijil menyatakan cita-cita untuk berjaya
| |
satu buku yang terbuka melambangkan murid akan diajar menulis,membaca dan mengira.
| |
Logo itu juga menyatakan di samping aktif dalam bidang kurikulum sekolah juga aktif dalam bidang ko kurikulum.
|
Cogankata
Berilmu , Bertaqwa , Beramal |
Subscribe to:
Posts (Atom)