Wednesday, 24 August 2016

AMALAN PEMAKANAN YANG SESUAI 

     Pengambilan makanan seimbang yang bersih dan berkhasiat adalah amalan pemakanan yang baik. Hal ini, kerana makanan seimbang berupaya menjadikan badan kita sihat dan kuat. Otak kita turut menjadi cerdas.
         Kita harus makan makanan yang berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.Makan terlalu banyak sehingga melebihi keperluan tenaga menyebabkan pelbagai penyakit. Antaranya, obesiti,diabetes,tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.
       Mempraktikkan  amalan pemakanan dengan betul bermaksud, kita hendaklah mengambil makanan secara sederhana tetapi secara kerap. Kita mestilah mengelakan pengambilan garam secara berlebihan. Pengambilan tersebut mungkin boleh menjejaskan kisehatan kita. Pengambilan air secukupnya adalah juga penting untuk mengawal suhu badan.
       Merancang satu gizi seimbang juga merupakan salah satu amalan pemakanan yang sihat.Adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Merancang gizi seimbang adalah seperti rajah dibawah.
                                       
      
      Kita wajarlah mengagihkan makanan kepada yang kurang bernasib baik atau yang memerlukan seperti orang miskin, mangsa banjir, gempa bumi dan sebagainya. Kita juga tidak harus membazir makanan. Bak kata pepatah, “ tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”.
        Kita mestilah mengaitkan adab makanan yang menepati sensitivit dan kepercayaan agama. Rakyat Malaysia mempunyai berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai budaya makanan mengikut kepercayaan agama masing masing. Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain.
           Kesimpulannya, jelaslah amalan pemakanan yang sihat sangat penting untuk seseorang individu. Kita wajarlah menjaga dan mengawal makanan yang kita makan supaya makanan tersebut tidak menjejaskan kesihatan kita.


No comments:

Post a Comment