Wednesday, 24 August 2016

BENDERA SEKOLAH


BENDERA SEKOLAH







Saiz sebenar bendera sekolah ialah 80cm X 160cm.
Keterangan bendera:

Warna Biru
(warna sekolah)


melambangkan murid yang akan dicorakkan nanti mempunyai perangai yang lembut dan bersopan santun.

Warna putih
(warna negeri)


melambangkan kebersihan,ikhlas hati untuk belajar. 

Di tengah-tengah terdapat logo/lencana sekolah.
Diikuti di bawahnya nama sekolah.





LAGU SEKOLAH


SKTM II

Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II 

Satu tekad satu arah 

Pelajar yang cemerlang

Pendidik yang beriman 

Ilmu usaha tawakal..........


Ibu ayah dan guru ku 

Ku pohon restu dari Maha Esa

Berkatilah hidupku 

Dalam menimba ilmu

Setia rajin dan taqwa 

Kita mulia …………



MOTTO


BERILMU ,BERTAQWA , BERAMAL

Murid-murid diberi ilmu oleh guru di sepanjang persekolahannya.
Apabila mereka menuntut ilmu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mereka akan berilmu. 

Mereka hendaklah beramal dengan ilmu yang diberi oleh guru
supaya menjadi murid yang pintar dan berjaya.


Ke arah untuk mencapai kejayaan , kita hendaklah bertaqwa kerana Allah akan redha dengan apa yang diberi,
mudah-mudahan semuanya beroleh kejayaan

No comments:

Post a Comment