SENARAI GURU BESAR
Saturday, 27 August 2016
Wednesday, 24 August 2016
AMALAN PEMAKANAN YANG SESUAI
Pengambilan makanan
seimbang yang bersih dan berkhasiat adalah amalan pemakanan yang baik. Hal ini,
kerana makanan seimbang berupaya menjadikan badan kita sihat dan kuat. Otak
kita turut menjadi cerdas.
Kita harus makan makanan yang
berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.Makan terlalu
banyak sehingga melebihi keperluan tenaga menyebabkan pelbagai penyakit.
Antaranya, obesiti,diabetes,tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.
Mempraktikkan
amalan pemakanan dengan betul bermaksud, kita hendaklah mengambil
makanan secara sederhana tetapi secara kerap. Kita mestilah mengelakan
pengambilan garam secara berlebihan. Pengambilan tersebut mungkin boleh
menjejaskan kisehatan kita. Pengambilan air secukupnya adalah juga penting
untuk mengawal suhu badan.
Merancang satu gizi seimbang juga merupakan
salah satu amalan pemakanan yang sihat.Adalah merupakan satu keperluan bagi
setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai
kalori makanan yang kita makan seharian. Merancang gizi seimbang adalah seperti
rajah dibawah.
Kita wajarlah mengagihkan makanan
kepada yang kurang bernasib baik atau yang memerlukan seperti orang miskin,
mangsa banjir, gempa bumi dan sebagainya. Kita juga tidak harus membazir
makanan. Bak kata pepatah, “ tangan yang memberi lebih baik daripada yang
menerima”.
Kita
mestilah mengaitkan adab makanan yang menepati sensitivit dan kepercayaan agama.
Rakyat Malaysia mempunyai berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai budaya makanan
mengikut kepercayaan agama masing masing. Kita hendaklah menghormati antara
satu sama lain.
Kesimpulannya, jelaslah amalan pemakanan yang sihat sangat penting untuk
seseorang individu. Kita wajarlah menjaga dan mengawal makanan yang kita makan
supaya makanan tersebut tidak menjejaskan kesihatan kita.
BENDERA SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH
Saiz sebenar bendera sekolah ialah 80cm X 160cm.
Keterangan bendera:
Di tengah-tengah terdapat logo/lencana sekolah. Diikuti di bawahnya nama sekolah.
LAGU SEKOLAH
MOTTO
BERILMU ,BERTAQWA , BERAMAL
Murid-murid diberi ilmu oleh guru di sepanjang persekolahannya.
Apabila mereka menuntut ilmu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mereka akan berilmu. Mereka hendaklah beramal dengan ilmu yang diberi oleh guru supaya menjadi murid yang pintar dan berjaya. Ke arah untuk mencapai kejayaan , kita hendaklah bertaqwa kerana Allah akan redha dengan apa yang diberi, mudah-mudahan semuanya beroleh kejayaan |
LENCANA SEKOLAH
1.1.6 LENCANA SEKOLAH
Lencana sekolah yang berukuran 5cm X 3cm telah dilukis oleh
Tuan Haji Safihi Bin Ahmad.
Keterangan Lencana Sekolah
Warna
|
Logo
Nama Sekolah dan tahun mula sekolah ini beroperasi - 1995
| |
Jata Negeri Terengganu menunjukkan sekolah ini terletak di bawah jajahan takluk Negeri Terengganu.
| |
bulan dan bintang adalah lambang agama Islam
| |
4 logo unit beruniform yang ditubuhkan ketika itu.
| |
satu gulung sijil menyatakan cita-cita untuk berjaya
| |
satu buku yang terbuka melambangkan murid akan diajar menulis,membaca dan mengira.
| |
Logo itu juga menyatakan di samping aktif dalam bidang kurikulum sekolah juga aktif dalam bidang ko kurikulum.
|
Cogankata
Berilmu , Bertaqwa , Beramal |
LATAR BELAKANG
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini adalah kembaran daripada Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud.
Nama sekolah ini diambil sempena nama Almarhum Sultan Terengganu iaitu Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah.
23 November 1995 ( Jumaat )
Majlis gotong-royong untuk menyusun peralatan sekolah diadakan diketuai oleh Encik Kamarudin bin A.Aziz (GPK1), Puan Zubaidah binti Puteh ( GPK 2 ) dan En.Mazlan bin Ismail ( GPKK ).
Turut hadir Tuan Haji Mohammad bin Ab.Hamid ( Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Besut ).
30 November 1995 ( Khamis )
Hari pertama pendaftaran murid-murid yang akan belajar di SKTM 2, yang diketuai oleh EncikKamaruddin bin A.Aziz , Puan Zubaidah binti Puteh, Encik Mazlan bin Ismail dengan dibantu oleh beberapa orang guru yang baru ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini.
1 Disember 1995 ( Jumaat )
Satu majlis solat hajat dan bacaan Yassin diadakan di surau sekolah pada pukul 9.00 malam.
Turut hadir ialah Tuan Haji Mohammad bu Ab.Hamid, beberapa orang guru besar dari sekolah berdekatan, guru-guru dan penduduk kampung yang berdekatan.
3 Disember 1995 ( Ahad )
Sekolah dibuka untuk sesi persekolahan tahun 1996.
Guru Besar, Encik Mohammad @ Hussein bin Muda dan seramai 21 orang guru serta Pembantu Tadbir telah melapor diri.
Tuan Haji Zakaria bin Sulong (KPP Rendah JPNT ) dan Encik Ibrahim bin Hussin (PSR !<JPNT) hadir untuk melawat sekolah sempena hari pertama sekolah ini dibuka.
Mesyuarat pertama sekolah diadakan bersama pegawai JPNT, Guru besar dan guru-guru.
Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada
murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Gong Bayor dan
Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud. Kelas yang mula dibuka ialah 3 kelas tahun 1, 2 kelas tahun 2, 2 kelas tahun 3, 2 kelas tahun 4 dan 2 kelas tahun 5. Tiada murid tahun 6. Jumlah semua murid ketika itu ialah 380 orang.
8 Disember 1997
Keputusan peperiksaan UPSR dan PTS kali pertama diumumkan. Keputusan 1997; 6 orang mendapat 5A.
Peratus lulus semua matapelajaran ialah 57.14%.
Keputusan PTS; 2 orang murid telah berjaya melangkah kelas.
Kejayaan tersebut disambut dengan satu majlis kesyukuran. PIBG telah menyumbangkan 2 ekor lembu untuk dijamukan kepada warga SKTM 2
6 Oktober 1998
Keputusan peperiksaan UPSR dan PTS diumumkan.
Keputusan UPSR 1998 ialah 7 orang murid berjaya mendapat 5A.
Peratus lulus semua matapelajaran ialah 81.3%
Keputusan PTS pula 2 orang murid layak melangkau kelas.
31 Oktober 1998
Pertukaran Guru Besar SKTM 2 yang pertama, Encik Mohammad @ Hussin bin Muda bertukar ke SK Kampong Raja.
1 November 1998
Guru Besar baru, Yang Mulia Raja Hussin bin Raja Puteh melaporkan diri. Beliau bertukar dar SK Felda Selasih.
31 Disember 2000
Pertukaran Guru Besar SKTM 2 yang kedua, Yang Mulia Raja Hussin bin Raja Puteh ke SK Alor Peroi.
1 Januari 2001
Guru Besar baru, Encik Mohammed bin Wan Dagang melapor diri. Beliau bertukar dari SK Alor Peroi.
31 Januari 2008
Guru Besar, encik Mohammed bin Wan Dagang telah bersara wajib.
16 Februari 2008
Guru Besar baru, Haji Mohd bin Ab Wahab melaporkan diri. Beilau bertukar dari PPD Besut.
19 September 2009
Keputusan peperiksaan UPSR diumumkan.
Keputusan UPSR telah mencatat rekod kecemerlangan pencapaian iaitu eramai 40 orang murid telah berjaya mendapat 5A.
Peratus lulus semua matapelajaran ialah 87.13%.
Guru-guru dan kakitangan pengasas yang mula bertugas ketika itu ialah :1. Mohammad @ Hussin Bin Muda - Guru Besar
2. Kamarudin Bin A. Aziz - Guru Penolong Kanan 1 3. Zubaidah Bt. Puteh - Guru Penolong Kanan 2 4. Mazlan Bin Ismail - Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum 5. Sayadi @ Saidi B. Awang - Guru Penolong 6. Zainura Bt. Mahmud - Guru Penolong 7. Zawaliah Bt. Hj. Awang - Guru Penolong 8. Nur Hidayatul Husna Ooi Bt. Abdullah - Guru Penolong 9. Rohana Bt. Mat Salleh @ Sallehuddin - Guru Penolong 10. Wan Rohani Bt. Wan Sulong - Guru Penolong 11. Mahani Bt. Abd. Manan - Guru Penolong 12. Hajjah Hamedah Bt. Abd. Rahman - Guru Penolong 13. Hajjah Miyah Bt. Hamat - Guru Penolong 14. Che Zaharah Bt. Sulong - Guru Penolong 15. Mat Zulkri Bin Jusoh - Guru Penolong 16. Suriana Bt. Yusoff - Guru Penolong 17. Shihabuddin Bin Hj.Abd.Latif - Guru Penolong 18. Robiah Bt. Saleh - Guru Penolong 19. Naimah Bt. Abd.Halim @ Abdullah - Guru Penolong 20. Narina Jan Bt. Mustaffa Kamal - Guru Penolong
21. Abd. Halim Bin Mohammad @ Shafie - Guru Penolong
22. Nor Arzul Bin Jusoh - Pembantu Tadbir
|
Subscribe to:
Posts (Atom)